RE-UNION SEKOLAH AGAMA BATU 10, CHERAS SELANGOR
Tarikh : 10 Mei 2008
Jam : 8.00 Malam
Tempat : Restoran Bora Ombak, Ampang


Inilah pertemuan pertama selepas lebih 12 tahun tak berjumpa. Kitaorang dulu, satu kelas masa sekolah agama, daripada darjah 4 sampai darjah 6. Sepatutnye, ada 40 orang yg turut serta dalam re-union ni. Tapi...yang berkesempatan dan berkelapangan join dalam 20 orang je.
Kengkawan yang ada pada malam tu, Hasina, Khafizah, erdaliza, intan bazilah, raihana, hamizah, azlin, maisarah, kema & partner, ezam, afiq, azan, kamarul azmi & partner, hafiz, ijoy, arif yasin & izwan rastam.
Yang tak dapat turut serta, Akreena, arif jalal, azlisham, azrul aminur rashid, edrin, faliq, helmi, ilyani, intan maisarah, naiem, ashraf, lutfi, mazlan, md noh, mieza, hazrin, atiqah hazih, atiqah, fadhilah, wahida, Razif, Redza, Redzuan, Syahbahtiar, Surahini, Syahmi, wan muhd, Zulkifli & Hazwan.
Mula-mula kitaorang berkumpul kat petronas batu 10. Sepatunye, janji dalam kul 8.00 malam. tapi...biaselah kan, dah janji melayu tu, pukul 8.15 baru gerak gi ampang. nama je konvoi, tapi...masing2 berterabur. al maklumlah jalan kat ampang ni kan jem je memanjang. sure tak dapat nak berkonvoi sekali arung. x pe lah.. yang penting, smua selamat sampai kat bora ombak walaupun ada yg tersesat dan terlajak. hehehhe...
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada commitee. Hasina memberikan sepatah dua kata aluan mewakili commitee yang lain.

Habis je kata-kata aluan daripada hasina, kitaorang smua bergambar beramai-ramai.

Selesai je mengambil gambar, tibalah saat untuk menjamu selera. Ada banyak makanan yang tersedia. semuanye sedap-sedap belaka. Penuh perut makan malam tu. Sambil makan, sambil berborak-borak. Macam-macam cerita keluar.
Mengimbas kembali 12 tahun yang lalu. Terbukaklah cerita azan tertelan duit syiling seringgit. Sampai skang, masih teringat cerita tu. Dah x de benda lain agaknye dia nak telan. Duit syiling seketul tu gak dia nak makan. hehhehe... yang dak-dak pompuan, teringat lak masa gotong-royong hari jumaat. Semua berebut nak cuci toilet. Pernah satu hari tu, kitaorang kunci pintu dari dalam, main air smpai basah kuyup baju. Nasib baik x kena marah ngan ustaz aznam. hehehe.. Kalau time sembahyang tu, suka sangat main-main. ustaz kat belakang, dah stand by dengan pembaris. sapa main-main je, kena ketuk. muahahaha.. nakalnyee kita smua masa kecik-kecik dulu. itu smua jadi kenangan terindah zaman kanak-kanak. walau sejauh mana pun kita melangkah..kawan-kawan janganlah dilupakan.
Sekarang, smua dah besar panjang. Dah ada kehidupan masing-masing. Dah ada yang jadi bini orang, laki orang, bapak budak, mak budak je belum lagi. hehhehe... Hope, korang semua bahagia menjalani kehidupan seharian. Ada masa yang sesuai, kita jumpa lagi. FRIENDS FOREVER. Sayang Korang Semua....

dari kiri azlin, kema, hamiza, erdaliza, yana, khafizah & intan bazilah